Tuesday, June 22, 2010

. : Perasaan ini : .

sangat sukar untuk melepaskan semua ini
apa yang aku ada
apa yang aku tiada
namun aku sedar
suatu masa nanti 
semua ini akan ku tinggalkan

berat hati ini untuk mengucap selamat tinggal
fasa kehidupan memaksa ku melaksanakan tugas kejam ini
tetapi aku percaya
suatu masa 
pasti kita kembali bersama
gelak tawa itu
tangis hiba itu
semua telah kita lalui

kata orang
pengalaman guru paling bagus
pergilah sejauh mungkin 
bergaul lah dengan seramai orang
untuk mendapat pengalaman itu
jangan jadi katak di bawah tempurung
aku bahagia di sini
mungkin di sana, aku lebih bahagia?

namun ingatlah
di mana langit dijunjung di situ bumi di pijak
jika kail panjang sejengkal usah lautan hendak diduga

perjalanan ini masih jauh
kita berpisah sebentar di persimpangan ini
mungkin
jika jodoh kita kan bertemu lagi
jika tidak
ku mohon beribu ampun dari kalian 
kerna diri ini tidak pernah sempurna
akal ini masih terlalu pendek
ilmu di dada masih cetek

satu yang ku yakini 
akan ku lakukan dengan sehabis  baik
kerana aku menggalas harapan dari kalian
tidak sanggup aku menghancurnya begitu sahaja

di sini
ucapan jutaan terima kasih kepada rakan
yang sentiasa mewarnai kehidupan ini 
selama ini
segala memori bersama kalian tersimpan kemas di sudut hati
terkunci rapi

aku hanya insan kerdil yang berjalan di muka bumi ini
mengharap ihsan dari yang abadi
untuk menjalani hari- hari 
yang penuh onak duri

26/6 akan menjadi titik perubahan pada diri ini
buang yang keruh 
ambil yang jernih
yang baik jadikan panduan
yang buruk jadikan sempadan

selamat tinggal ku ucapkan kepada rakan rakan
terutama rakan fz riders yang mematangkan aku
banyak yang aku pelajari dari kalian
bahawa hidup ini bukanlah hiburan semata mata
masih ada misi yang perlu ditunaikan
masih ada tanggungjawab perlu dilaksanakan

memang sedih meninggalkan semua ini
namun
aku sebagai insan tidak mampu menolak takdir Ilahi
semua yang ku lalui akan menjadi pengajaran paling berguna dalam hidupku

terima kasih kalian
terima kasih tuhan
kerna aku diberi peluang 
yang tidak semua orang berpeluang merasai




cuaca yang mendung ketika artikel ini ditulis sangat mempengaruhi diriku
alam bagai mengerti apa yang dihatiku 
mendung
suram 
pasrah




Wednesday, June 2, 2010

.: Kuasa :.


malam tadi, sedang lepak kat Bidayah , tetibe Ameer Skankin datang.
dengan moto baru beliau, Kawasaki ER-5

aiyoooo... eksaited giler aku melihat motor tersebut.

Kawasaki ER-5

review test ride :

ia seakan-akan menunggang kuda liar.

it's full with energy ! so much powerful and the respond was so great. bagi aku, aku menunggang sesuatu yang sangat berkuasa melebihi kemampuan aku untuk mengawal nya. yeah. macam kuda liar


muehehe. blom tiba masa untuk aku upgrade. belum bersedia dari segi mental. >.<

dan ini gambiran2 masa ride ke bukit tinggi~~~












amatur. baru pertama kali join. >.<

Monday, May 31, 2010

.: keinginan hati :.

keputusan untuk tidak turut serta menyertai mama pergi bercuti di pangkor adalah amat tepat
sangat berpuas hati dengan ride ke bukit tinggi
namun gambar2 masih belom dapat dipaparkan kerana kamera milik orang laen
maka kene lah sabar menunggu beliau mengupload gambar2 tersebut

tadi aku nak daftar masuk ke forum vixion indonesia ( FZ150i di malaysia )
selalu nye bagi mengelak spammers, laman sesawang akan menggunakan CAPTHA
tapi forum ini buat aku tergelak sekejap kerana menggunakan soalan dan anda perlu memberi jawapan yang tepat

SOALAN :

berapa biji tayar ada pada sebuah motosikal ?

susah giler weh. wahahahaah


minggu depan nak berangkat ke indon
nak carik barang2 di sana.


giler enjoy aku sebelom masuk U
yeaaah~

gambar meleper akan dipaparkan setelah sahaja aku mendapat gambar2 tersebut.

sekian

Thursday, May 27, 2010

: : Kegilaan : :

semakin hari semakin mendekati hari untuk melanjutkan pelajaran
namun semakin hari aku makin tidak sedar diri  >.<
dan hari ini, aku sedang tinggal berseorangan di rumah

Khamis, 27 05 10

sedang mengelamun melayan drama korea dengan tidak semena-mena mama berkata
" jom pergi Pangkor jom ?"
aku lantas memberi reaksi sebegini =.=""
awat tetibe nak pegi pangkor.
" sok kite bertolak, nak ikot tak? "
lantas mama mencapai gagang telefon lalu menelefon pihak hotel bertanyakan kekosongan untuk keesokan harinya
gilosss. langsung takde rancangan. sekadar. " jom pegi sana"
muhahaha

pagi nih  ( jumaat ) suda bertolak untuk ke Pulau Pangkor

namun, nak menyatakan kat sini yang aku tak ikot.
ape ke hal aku tak ikotttt

perkara sebenar adalah sabtu nih aku nak pergi bukit tinggi
dah lame mengidam nak naek atas sana.
dari 2 minggu yang lepas rancangan asyik tergendala
harapan minggu ini dapat naek
maka dengan senang hati aku menolak pelawaan mama untuk pergi bercuti
lalalaa~

Tuesday, May 25, 2010

Wednesday, May 12, 2010

. : saket pinggang telor kebas : .

selepas solat subuh ( alhamdulillah ~ ) bertolak ke bidayah andalas dalam pkul 6.30
bersarapan terlebih dahulu,
menunggu ahli yang laen sebelum memulakan perjalanan

dari kiri : En. Inn , Bad , Amin

selepas siap semua kitorang bergerak menuju ke Sungai Buloh
Hong Leong Yamaha
kerana dari situ konvoi ke penang bermula
dan sesi pendaftaran perlu diuruskan



sesi pendaftaran

maka selepas memberi ucapan tentang konvoi dan peraturan kami berlepas
perhentian pertama adalah RnR Rawang untuk mengisi minyak
p/s : minyak perjalanan pergi dan balik ditanggung Yamaha






ade la singgah di perhentian laen untuk isi minyak dan berehat sebentar
namun setelah berpatah pinggah di atas moto
selamat juga sampai ke hotel yang disediakan pihak Yamaha





petang selepas check in adalah sesi bebas
maka bebas la aku tidow di bilik~

malam kitorang bertolak ke 
err... aku tak tawu name tempat tp ke Restoran Pelita
( dalam hati aku cakap : kat klang pon ader Pelita =.="  )

ingatkan lepak kat bawah rupenyer kat dewan atas 
( tapi tetap under Nasi Kandar Pelita )
pelbagai aktivit diadakan
ucapan
perkenalan dengan stuntman dari jepun untuk show di litar batu kawan
karaoke
Fz riders game
Menari~
wooot~







setelah selesai, kami bergerak pulang ke hotel dan berehat
( padahal lepak lagi kat sekitar hotel minum2 )
mengantuk. ketidurann~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahad, 090510

awal pagi selepas sarapan terus check out hotel
meneruskan perjalan ke Batu Kawan
panassssss gilosssssss
basah berpeluhhh baju aku pakai
dengan bawak segala barangan plak tuh
jaket, beg, helmet, ect..

mule2 usha aksi stunt Fz oleh mamat jepun tuh dlu


then part yang best pastilah gadis2~!
wahahhahaha
p/s : aku sekadar mencari barangan motosikal  :D

aku carik sparepart moto
tetapi yang terbaek adalah ...

feeeewwiiiiieeeet~

terbaeeeekk!


hahaha
gamba2 laen ader kat facebook
add lah yer~
banyak lg gambo




lepas puas cuci mata baru lah syok tengok race >.<
bahaya gile trek batu kawan
corner tajam ader devider
perghhh
*masih kurang bajet untuk bina litar lebih berkualiti. hanye pakai jalan parking*




and the best part pastilah eksiden!
wuuutt~



selekoh bahaye gilos.
aku dok kat spot paling best.
paling banyak eksiden
setiap pusingan tunggu je orang overshoooot
herherr
( kuang ajo giler )


lepas abes shopping barang2, puas cuci mata
kitorang bertolak pulang hingga ke RnR Ulu Bernam 
bermula dari situ, kitorang dilepaskan dari konvoi
free ride adalah terbaeekk
full throttle all the wayy~


maka perjalan ini adalah yang paling jauh bagi diriku
840km dari keluar rumah sampai depan pagar rumah semula
aku sedang menikmati saat2 bebas sebelum kembali bergelar student


p/s : sebenarnye aku adalah jurugambar bg kebanyakan gambar di atas. sebab tuh tader gambo aku ngan gadis. cisss. melepas peluang. wahahahaha

Friday, May 7, 2010

: : away to penang trip : :

err...
banyak nak cerita.
tp tak sempat lak nak update pasal bz punyer pasal
buat pasport, pagi nih kene rushing lg nak gi sungai buloh sblom ke penang.
lepas konvoi baru lah update citer penuhh.


sabtu - ahad akan mengikuti konvoi ke batu kawan cubprixx sponsored by yamaha.
harapan semuga selamat pergi dan pulang tanpa ape2 halangan.

x)

p/s : moto orang laen suda da berkilat siap polish sebelum bertolak. aku nyer moto berhabuk biar jer. kesian berliauu~